Friday, September 12, 2008

Rasa Kesatuan

    Syeikh Jalaluddin Rumi            

Aku bukan setaraf dengan Raja

Bahkan jauh dari tarafNya

Tapi aku ada cahaya dari cahayaNya

Cahaya dari Raja Yang Mulia Raya

Aku dan Dia

Ibarat air dengan tanah bersama

Dalam pokok menyerap keduanya

Itu hanya perumpamaan saja

Diriku fana demi untuk DiriNya

Diriku hilang musnah rasanya

Dia saja wujud rasanya

Dia saja wujud sendiriNya

Aku seperti debu di bawah kaki kudaNya

Apakah aku rasanya

Hanya tiada apa-apa

Yang apa-apa itu Dia

Dia meliputi segalanya

Aku ini hanya bekasNya

Aku ini hanya TandaNya

Ibarat suria dengan cahayanya

Cahaya menzahirkan surianya.

Penjelasan/maksud

Raja yang dinamakan disini ialah Allah s.w.t. dialah Raja Yang Hakiki. Penyalak ini menjelaskan perasaan batinnya, bagaimana beliau seolah-olah merasa bahawa dirinya dengan Tuhan itu bersatu dan bersama. Inilah perasaan batin orang yang menghampiri dirinya dengan Allah s.w.t.

Oleh kerana terlampau ingat dan hampirnya perasaannya dengan Allah, maka beliau terasa seolah-olah dirinya tidak ada, yang ada hanya Allah jua. Demikian perasaan batinnya. Namun begitu bukanlah beliau telah jadi Tuhan. Tuhan tetap tuhan, hamba tetap hamba.

Tuhan dinamakan khalik dan hamba disebut makhluk.

No comments:

Post a Comment