Ramai Keliru?
RAMAI yang keliru dan bingung tentang dari mana asalnya kaum Bajao yang sebenarnya. Kita melihat di laman-laman web pelancongan di negara kita tidak menyebut secara tepat sejarah asal-usul orang-orang Bajao ini. Kekeliruan demi kekeliruan berlaku tanpa ada sesiapa yang membetulkannya. Kami merasakan perlunya satu kajian dan pendedahan secara jujur asal-usul orang Bajao ini. Sebab bukan sahaja sejarahnya kurang diketahui oleh masyarakat Malaysia sendiri malah orang Sulu dan orang-orang Bajao sendiri tidak mengetahuinya.
.

Orang Bajao
Suku kaum Bajao adalah kedua terbesar di kepulauan Sulu yang juga terdapat di pesisiran pantai Mindanao. Bajao juga terdapat di Borneo-Utara (Sabah), ini bukanlah perkara pelik sekiranya kaum Bajao turut berada di Sabah kerana pada masa lalu Sabah adalah dibawah kekuasaan Kesultanan Sulu. Telah berlaku kekeliruan tentang asal-usul kaum Bajao ini terutamanya kepada orang-orang Sulu dan masyarakat Malaysia sendiri. Sekiranya kita meneliti sejarah maka adalah jelas kaum Bajao ini datang dari Sumatera atau dari Kepulauan Riau - Johor (Johor Lama). Kaum Bajao ini disebut juga dalam sejarah Melayu sebagai 'Orang Laut' atau 'Orang Selat'.

Orang Selat atau pun Orang Laut yang kita kenali sebagai Orang Bajao hari ini bukanlah penduduk asal Kepulauan Sulu melainkan berasal dari Kepulauan Riau - Johor Lama (Temasek). Sejarah telah mencatatkan bagaimana kaum Bajao ini datang ke Sulu kerana menjadi pengiring kepada pendakwah Ahlul Bait iaitu Sayyid Abu Bakar. Beliau merupakan pengasas Kesultanan Sulu yang pertama (kemungkinan juga datang bersama Syeikh Karimul Makhdum). Kaum Bajau juga datang bersama Sayyid Muhammad Kabongsuan ke Mindanao (Pengasas Kesultanan Maguindanao 1515 M). Jasa kaum Bajao kepada Ahlul Bait sangatlah besar sehinggakan ada kerabat kesultanan ini berkahwin campur dengan para pemimpin kaum Bajao selepas itu. Sebab itu lah kaum Bajao yang ada di Sulu telah terbahagi kepada beberapa kumpulan yang terpisah antara pulau-pulau di Kepulauan Sulu higga ke Borneo Utara (Sabah). Gaya hidup mereka telah berubah dari cara hidup asal yang berumah dalam perahu (lepa-lepa) kepada hidup di darat bersama orang-orang Tausug bergantung sejauh mana dekatnya hubungan mereka dengan para Datu-datu atau kerabat Diraja Sulu itu.
Maka wujudlah Suku Bajao Balangingi, Bajao Kaulungan, Bajao Jama Mapun, Bajao Simunul, Bajao Tanduh Bas, Bajao Umos Matata, Bajao Tabawan, Bajao Balimbing, Bajao Sibutu, Bajao Pala'o (dikenali sebagai 'Orang Laut' yang tinggal dalam perahu lepa-lepa) dan beberapa suku Bajao lagi. Kalau di Malaysia terutamanya Sabah pula, dikenali sebagai Bajao Kota Belud [1] dan Bajao Semporna. Perlu dijelaskan di sini, pada peringkat awal bukan semua orang Laut ini menganut Islam sekalipun mereka datang ke Kepulauan Sulu mengiringi ulamak besar Ahlul Bait itu tadi, tetapi setelah mereka (orang laut) bergaul rapat dengan orang Tausug. Maka sedikit demi sedikit mereka dapat diislamkan. Walau bagaimanapun sebahagian besar Bajao Pala'o (Bajao laut) masih tiada agama sehingga kini (Ateis atau menganut animisma). Mungkin para pendakwah menghadapi kesukaran mengislamkan mereka disebabkan gaya hidup Pala'o yang sentiasa dalam perahu (lepa-lepa) mereka. Sebab itulah mereka enggan duduk di darat sebagaimana suku Bajao lain.

Kekuasaan Tausug Terhadap Bajao
Dalam wilayah Kesultanan Sulu golongan yang paling berkuasa selain dari Sultan ialah para Datu-datu Diraja Sulu dari kaum Tausug kemudian para Datu-datu anugerah iaitu orang-orang kaya. Selain itu golongan Ahlul-Bait [2] seperti para Syarif-syarif yang kebanyakannya para ulamak adalah juga yang sangat dihormati oleh orang-orang Sulu. Setelah kedatangan orang-orang Bajao suasana persekitaran kepulauan Sulu telah berubah. Pantai-pantainya bertambah meriah dengan pelbagai aktiviti laut oleh orang-orang Bajao dikongsi bersama orang-orang Tausug. Dalam persekitaran yang mana terdapatnya orang-orang Laut yang ramai itu maka satu suasana telah terbentuk iaitu penguasaan terhadap hasil laut dari orang-orang Bajao ini. Orang-orang Bajao telah dibahagi-bahagikan mengikut kawasan oleh para Datu-datu yang mana para datu (penguasa tempatan) harus menjaga kebajikan dan melindungi mereka (Orang Laut). Pada masa yang sama orang-orang Bajao pula menjual hasil-hasil tangkapan mereka kepada datu yang menjaga mereka. Maka wujud ikatan tolong sama tolong antara mereka.
.
Sebahagian orang mengatakan bahawa orang-orang Bajao itu hanyalah hamba abdi kepada orang-orang Tausug. Tuduhan ini adalah dusta dan berniat jahat yang sudah tentu tiada asas dalam sejarah yang boleh dijadikan sandaran. Kebencian hanya berdasarkan beberapa kes terpencil yang dilakukan individu Tausug terhadap kaum Bajao tidaklah boleh dijadikan alasan bahawa orang-orang Bajao adalah hamba abdi kepada kaum Tausug. Sebaliknya ramai orang Bajao menjadi pahlawan bersama orang Tausug melawan penjajah dan ramai di kalangan orang Bajao juga berkahwin dengan keluarga para datu dan mendapat hak sebagaimana orang Tausug sendiri. Walau bagaimanapun, perlu dijelaskan di sini sememangnya wujud aktiviti perhambaan ketika dulu semasa zaman kesultanan yang awal lagi yang kebanyakannya berlaku setelah satu-satu peperangan berlangsung. Yang kalah perang sudah tentu ada yang menjadi tawanan. Tawanan yang tidak dapat ditebus biasanya akan dijadikan hamba abdi dan boleh diperjualbelikan. Perkara seperti ini berlaku di mana-mana tempat di seluruh dunia ketika dulu dan sesiapa sahaja boleh dijadikan hamba tanpa mengira warna kulit sekiranya tertangkap atau kalah perang dan sebagainya.

Asal Istilah Bajao Dan Samal/Sama
Bajao juga dipanggil Sama atau Samal. Bajao dan Samal atau Sama adalah berasal dari Bahasa Melayu sendiri iaitu 'Berjauh' dan 'Sama-sama'.[3] Orang Laut yang asal ialah seperti orang Pala'o itu. Mereka hidup dan matinya dalam perahu lepa-lepa mereka di laut yang sudah tentu sentiasa berjauhan dengan daratan, sebab itu mereka digelar 'Berjauh' atau Bajao. Orang Laut juga bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain secara nomad dengan bersama-sama. Sehinggakan ketika mereka mengiringi ulamak Ahlul-Bait itu ke Sulu dan ke Mindanao mereka juga bersama-sama. Sebab itu mereka digelar Sama atau dalam pelat orang Tausug dipanggil Samal.

Bukti kedatangan Orang Bajao
Kami tidak mendapatkan maklumat lain tentang kedatangan orang Bajao ke Kepulauan Sulu melainkan yang dinyatakan oleh pencatat sejarah Eropah seperti Alexander Dalrymple (1737 -1808 M) seorang ahli geografi Scotland dan Daniel E. Sopher yang dinukil oleh Prof. Cesar Adib Majul dalam bukunya yang terkenal Muslim In The Philipines. Juga penyelidikan yang dibuat oleh Cynthia Chou : Research Trends on Southeast Asian Sea Nomads.[4] Yang menariknya, kedatangan bersaudara Ahlul-Bait itu ke Sulu dan Mindanao adalah tidak dapat dipisahkan bersama kedatangan orang-orang Bajao ini sekalipun kedatangan saudara Ahlul-Bait itu adalah selang beberapa puluh tahun lamanya antara satu sama lain. Prof. Cesar Adib Majul menukilkan:
"…terdapat dalam laporan Alexander Dalrymple tentang lagenda perpecahan orang Badjao dari Johor…..perkahwinan Raja Baguinda dengan Puteri Badjao dalam lagenda tersebut".

Perkara di atas juga ada terdapat dalam tulisan Daniel E. Sopher, The Sea Nomads: A Study based on the literature of the Maritime Boat People of Southeast Asia (Singapore: 1965).[5]
.
Prof. Cesar menyatakan bahawa terdapat satu versi memperkatakan tentang seorang puteri Badjao yang datang dari Semenanjung Tanah Melayu sementara versi-versi lain menyebut bahawa puteri itu adalah puteri Sultan Johor yang diiringi oleh orang Bajao ke Sulu.[6]
.
Kedatangan orang-orang Bajao ke Filipina Selatan adalah dalam dua gelombang .

Gelombang Pertama:
Prof. Cesar mengatakan bahawa orang Bajao telah datang ke Sulu selepas beberapa waktu kedatangan Tuan Masha'ika dan sebelum kedatangan Karimul Makhdum. Bermakna, bermula dari Riau-Johor itu orang Bajao bergerak beramai-ramai ke Sulu dengan melalui Brunei dan terus ke Sulu. Dalam Sejarah Brunei ada peristiwa yang boleh dirujuk antaranya orang-orang Bajao datang terlebih dahulu ke Brunei bersama Sultan Brunei pertama bernama Awang Alak Betatar. Baginda memeluk agama Islam dan berkahwin dengan puteri Sultan Johor (Johor Lama @ Temasek) sekitar 1368. Nama Islam Awang Alak Betatar ialah Sultan Muhammad Shah (Sultan Brunei Pertama 1363-1402). Setelah perkahwinan itu Sultan Brunei ini berangkat ke Brunei dari Johor dengan diiringi oleh orang-orang Bajao atas perintah Sultan Johor. Diulangi, catatan Prof. Cesar dalam bukunya 'Islam Di Filipina' menganggarkan bahawa kedatangan orang Bajao ke Sulu mestilah antara kedatangan Tuan Masha'ika (Beliau dianggarkan sezaman dengan Tuhan @ Tuan Maqbalu, wafat pada 1310 di Sulu) dan Karimul Makhdum itu (beliau dianggarkan telah berada di Sulu sekitar tahun 1400 hingga 1420 sebelum Syarif Ali Barakat menjadi Sultan Brunei 1425).

Kalau kita perhatikan anggaran Prof. Cesar bahawa kedatangan orang Bajao yang pertama ialah antara kedatangan Tuan Masha'ika dan Syeikh Karimul Makhdum itu maka satu persoalan siapa pula yang bawa orang-orang Bajao itu ke Sulu dari Brunei? Sememangnya orang Bajao telah berada di Brunei bersama ketibaan Sultan Muhammad Shah bersama permaisuri baginda dari Johor itu pada 1368, lalu bagaimana pula orang Bajao itu pergi ke Sulu begitu sahaja? Kami menganggarkan dua kemungkinan di sini bahawa:-
Kemungkinan Pertama: Kedatangan orang Bajao yang pertama ke Sulu ialah bersama Syeikh Karimul Makhdum dengan alasan, orang Bajao tidak mungkin datang ke Sulu tanpa pimpinan. Syeikh Karimul Makhdum yang juga terkenal dengan panggilan Tuan Syarif Awlia adalah yang terawal berdakwah ke Sulu. Masalahnya pula adakah Syeikh Karimul Makhdum itu datang ke Sulu melalui Brunei atau melalui Sulawesi atau Kalimantan? Sebab ada catatan yang menyatakan Karimul Makhdum ini adalah ayahanda kepada dua Wali Songo di Indonesia.[7]
Kemungkinan Kedua: Apakah tidak mustahil pula orang-orang Bajao itu datang ke Sulu bersama Sayyid Abu Bakar? Kerana dengan jelas Sayyid Abu Bakar telah sampai ke Sulu sekitar tahun 1450-an setelah singgah di Brunei dan meneruskan perjalanan ke Sulu. Beliau singgah di Brunei dan mendapati rakan seperjuangannya dan yang lain (yang juga Ahlul Bait) iaitu Syarif Ali Barakat telah berada di Brunei sebab itu beliau meneruskan perjalanan dakwahnya ke Sulu.[8] Kemungkinan pada masa ini orang Bajao masih ada di Brunei dan mengiringi Sayyid Abu Bakar ke Sulu atas arahan Sultan Brunei itu.
Gelombang Kedua:
Kedatangan orang Bajao ke Sulu bersama-sama menemani Sayyid Muhammad Kabongsuan[9] (adik kandung kepada Sayyid Abu Bakar, lain ibu) ke Mindanao yang datang dari Johor dan seterusnya menjadi Sultan Maguindanao yang pertama pada 1515 M. Bonda Sayyid Muhammad Kabongsuan juga adalah kerabat Diraja Johor (Johor Lama @ Temasek). Sebab itu orang Bajao juga terdapat di Mindanao termasuk sekitar Davao. Kedatangan orang Bajao ke Mindanao bersama Sayyid Muhammad Kabongsuan tiada perselisihan pendapat di kalangan ahli sejarah. Maka dengan itu bertambah besarlah bilangan kaum Bajao di kepulauan Sulu dan Mindanao itu.
.
Kedatangan Bajao Satu Rahmat
Mengapa kami katakan orang Bajao membawa rahmat kepada orang Sulu dan Mindanao? Kami berani mengatakan bahawa kepulauan Sulu dan Mindanao telah berseri dan meriah dengan kedatangan orang Bajao. Kehadiran orang Bajao menjadi sumber kekuatan tambahan kepada masyarakat kepulauan Moro itu. Sebab kepulauan yang tidak punya kaum Bajao di pantainya telah ditewaskan oleh penjajah sekali gus terjajah dan menjadi wilayah Kristian Spanyol (Seperti kepulauan utama di utara iaitu Visaya, Luzon, Cebu, dll). Dengan kedatangan Bajao juga telah menambahkan lagi bilangan suku kaum di kepulauan Moro, malah kaum Bajao juga telah terbahagi kepada beberapa suku (sub-etnik) lagi mengikut pulau dan kekuasaan para Datu-datu Tausug yang menjaga mereka.
.
Dengan kedatangan Bajao juga telah merancakkan lagi aktiviti perdagangan di sekitar kepulauan Moro. Sebelum ini orang Tausug melakukan sendiri kerja menyelam mutiara, agar-agar laut dan apa sahaja yang berharga dari laut. Semenjak kedatangan Bajao, kerja demikian telah menjadi mudah disebabkan Bajao memang pakar menyelam dan rajin. Sebab itulah hubungan antara Bajao dengan Tausug begitu rapat. Suku kaum Bajao yang sangat rapat dengan masyarakat Tausug ialah Bajao Balangingi (Bangingi'). Hinggakan Bajao Balangingi terikut-ikut dengan keberanian kaum Tausug.

Kekuasaan Bajao Balangingi terhadap Pulau Balangingi dan pulau-pulau sekitarnya dengan binaan kota pertahanan yang hebat dan kukuh telah menarik perhatian Spanyol. Walau bagaimanapun, seperti yang disebut oleh Prof. Cesar bahawa Bajao Balangingi adalah samar-samar kepatuhannya terhadap institusi Kesultanan Sulu.[10] Ini menunjukkan keadaan Bajao Balangingi yang agak bebas dari lingkungan kuasa Sultan menyebabkan mereka menjalankan aktiviti pelayaran bersama kaum Iranun pun dengan begitu bebas sebab itu Bajao Balangingi sangat mahir dengan pelayaran.

Sejarah telah mencatat bagaimana Bajao Balangingi ini bersekongkol dengan kaum Iranun untuk menjalankan aktiviti melanun di perairan Laut Sulu. Kebanyakan yang mereka samun ialah pedagang-pedagang yang berasal dari wilayah kekuasaan Spanyol. Kepakaran Balangingi melanun bersama Iranun adalah tiada tolok bandingnya hinggakan lanun-lanun kaum Tausug sendiri tenggelam oleh populariti Balangingi dan Iranun. Aktiviti Balangingi dan Iranun inilah yang menambah penderitaan pihak Spanyol hinggakan pihak Spanyol meminta kepada Sultan Sulu mengawal pelanunan mereka. Nampaknya Sultan Sulu tidak pula melakukan tindakan proaktif membenterasnya kecuali lanun yang menjejaskan kepentingannya (mungkin Sultan pun tahu bahawa yang disamun hanya pedagang-pedagang dari wilayah Spanyol).
.
Suku kaum Bajao Balangingi terkenal dengan keberaniannya berperang. Adat resam dan budayanya 100% sama dengan orang Tausug. Alunan atau slanga bahasa Bajao yang mereka tutur lebih hampir dengan alunan bahasa Sug yang ditutur orang Tausug itu.

Orang Bajao Balangingi lebih fasih bertutur Bahasa Sug berbanding kaum-kaum Bajao yang lain, ini disebabkan begitu rapatnya hubungan mereka dengan kaum Tausug. Ramai di kalangan datu-datu Tausug berkahwin campur dengan Bajao Balangingi dan sebahagiannya menjadi Datu-datu yang dihormati. Lokasi Bajao Balangingi adalah di sekitar kepulauan antara Pulau Basilan dan Pulau Sug (Sulu) seperti di Pulau Sangbay, Pulau Balangingi, Pulau Dasalan dan pulau-pulau di sekitarnya.

Kaum Yakan (Iyakan)
Kaum Yakan adalah kaum asal Pulau Basilan dan Zamboanga. Yakan adalah kaum terbesar selepas kaum Bajao. Mereka majoritinya adalah petani. Budaya dan adat resamnya adalah tersendiri dan berwarna-warni. Asal usul kaum ini adalah dari Mindanao juga. Budaya mereka juga mirip budaya Tausug (mungkin disebabkan pergaulan rapat mereka dengan masyarakat Tausug di Basilan) dan mereka juga adalah rakyat Sultan Sulu yang setia terutama kepada datu-datu mereka. Bahasa pertuturan mereka tersendiri iaitu bahasa Yakan. Mereka adalah rakyat Sultan Sulu yang berani yang pantang diajak berperang terutama ketika mempertahankan wilayah mereka Basilan dari penjajah.

Masyarakat Yakan ini terkenal dengan tenunan sebagaimana masyarakat Maguindanao. Tenggolok di kepala yang mereka tenun sendiri serta pakaian yang mereka pakai ditenun dengan begitu indah dan unik. Adalah mudah membezakan kaum Yakan dan kaum Tausug ketika memakai seluar tradisi (seluar ketat dinamakan "Liapi'an") iaitu seluar Tausug hanya mengenakan satu warna manakala Yakan pula berwarna-warni dan berjalur.

Kaum Iranun (Ilanun)
Kemungkinan besar istilah "Lanun" itu diambil dari nama Iranun ini iaitu "Ilanun". Kerana sebagaimana yang tercatat dalam sejarah kaum Ilanun dan Balangingi adalah yang mula-mula mempopularkan aktiviti pelanunan di sekitar Laut Sulu, Laut Sulawesi dan Laut Cina Selatan mengatasi kaum Tausug sendiri. Kaum Iranun berasal dari Teluk Ilana di Pulau Mindanao. Kaum Iranun adalah antara kaum yang mula-mula memeluk agama Islam sebelum kedatangan Sayyid Muhammad Kabongsuan lagi ke Mindanao. Orang Iranun sebagaimana Tausug juga adalah masyarakat terhormat. Di kalangan mereka ramai Datu-datu terkenal dan bergaul rapat dengan masyarakat Maguindanao. Kaum Iranun dan Maguindanao juga adalah kaum yang suka berperang dengan penjajah sehingga tidak terkalah. Rupa paras mereka sama dengan orang-orang Maguindanao.

Majoriti kaum Iranun (hari ini) adalah di sekitar Marawi, Mindanao. Kaum Iranun adalah masyarakat beragama sebagaimana kaum Maranao dan Maguindanao di Mindanao.
Kaum Iranun sebahagian kecil tinggal di sekitar Kepulauan Basilan dan sekitar kepulauan Sug (Sulu) dan sangat rapat hubungannya dengan Bajao Balangingi. Kaum Iranun juga terdapat di Sabah. Ini tidaklah menghairankan kerana ketika kesultanan Sulu masih memerintah Sabah kaum Iranun yang juga menjadi rakyat Sulu turut tinggal bersama orang-orang Tausug (Suluk) di sekitar Sugut sehingga ke pedalaman. Kemungkinan kaum Iranun juga menjadi hulubalang Datu Paduka Mat Salleh ketika menentang Inggeris dulu.

Berkenaan dengan tuduhan bahawa rakyat Sultan Sulu adalah masyarakat lanun dan jahat malah sultan sendiri yang menggalakkan aktiviti pelanunan ini maka kami men-yatakan disini bahawa tuduhan itu sebahagian besar adalah salah walaupun perlu di akui memang orang Sululah (Iranun & Balangingi) antara yang terhandal melanun. Sejarah telah menggambarkan dengan jelas bagaimana rakyat Sulu dan kesultanannya mementingkan maruah agama, bangsa dan tanah airnya dari momokan kekuasaan asing yang datang merampas tanah air mereka. Tuduhan seperti "Sultan Sulu menggalakkan pelanunan" adalah dusta yang tiada satu pun disandarkan pada sejarah kecuali catatan-catatan yang datang dari musuh-musuh Islam. Kalau ada pun ia hanyalah helah atau strategi Sultan Sulu bertujuan untuk melemahkan Spanyol.

Masalah lanun ini adalah masalah global. Sehingga hari ini pun (zaman moden serba canggih) masih sukar dibendung inikan pula pada zaman kesultanan Sulu yang keupayaannya mengawal perairan Laut Sulu sendiri amat terhad. Hanyasanya Kerajaan Kesultanan Sulu itu terlalu menumpukan perhatian terhadap kekuasaan Spanyol dengan senantiasa bersiap-siaga agar Spanyol tidak menyerang dan mengambil alih kekuasaannya. Sebab itu pelanunan dari rakyatnya yang terdesak sukar dikawal malah sesetengah kes Sultan Sulu tidak dapat berbuat apa-apa.

Prof. Cesar Adib Majul telah mengulas hal pelanunan ini dengan jujur. Bahawa aktiviti pelanunan di Filipina Selatan era Kesultanan Sulu adalah terhasil dari tindak balas rakyat yang tertindas akibat dari penjajahan Spanyol terhadap kepulauan Filipina.
Kaum Kalibugan (Suba'anun) & Kagayan
Kaum Kalibugan asalnya dari Mindanao iaitu sekitar Zamboanga juga. Kaum ini sebenarnya berasal dari kaum Suba'anun. Wajah mereka tidak tumpah seperti suku kaum Sungai atau Ida’an di Sabah. Mereka adalah masyarakat petani sebagaimana kaum Yakan.
Kagayan pula adalah satu kaum yang menduduki pulau Kagayan De Sulu tidak jauh dari Pulau Palawan. Pulau ini termasuk dalam kekuasaan Kesultanan Sulu.

Kaum Tidung
Kaum ini sebenarnya adalah berasal dari Borneo (Pesisiran Sungai Sibuko ke Tapeadurian). Kaum Tidung telah tercatat dalam buku sejarah Moro sebagai kaum yang ganas dan keras kepala kerana kaum ini sahaja yang berani menentang kekuasaan Kesultanan Sulu di Borneo Utara (Sabah). Malangnya kaum ini tidak berapa dikenali di Sabah berbanding kaum dominan lain seperti Kadazan-Dusun (Lotud), Murut dan orang Sungei (Ida'an). Kami tertarik dengan kaum ini untuk dicatat sebagai kaum yang gemilang bersama kaum Tausug. Telah tercatat dalam buku sejarah Moro bagaimana kaum Tidung ini adalah kaum yang sangat ganas ketika menyertai peperangan bersama kaum Tausug. Akibatnya setiap kali ada peperangan besar kaum Tausug (Sultan Sulu) akan memanggil kaum Tidung menyertainya (seolahnya seperti pemain bola sepak import yang digeruni).
"Tirun (Tidung), suatu suku kaum yang bukan beragama Islam (hari ini majoritinya Islam) yang terkenal kerana kekejaman dan ekspedisi mencari hamba. Mereka yang semula jadi memang bebas dan berada di bawah kekuasaan pembesar-pembesar mereka, adakalanya tidak mahu tunduk kepada datu-datu dan panglima yang telah dilantik dari kalangan mereka sendiri oleh Sultan Sulu".[11]

Kaum Tidung sangat terkenal dengan berperang demi mendapatkan tawanan untuk dijual. Spanyol sangat berdendam dengan kaum ini[12] (Kerana ribuan rakyat Spanyol dijadikan tawanan dan dijual oleh mereka selama bermusuh dengan Spanyol) tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana kaum Tidung adalah rakyat Sultan Sulu yang dilindungi. Lagi pun salah seorang puteri Raja Tidung itu adalah Permaisuri Sultan Sulu sendiri.

Sultan Sulu yang mengahwini wanita Tidung ada dua. Pertama ialah Sultan Salahuddin - Karamat @ Pangeran Bakhtiar, kedua ialah anakanda Sultan Salahuddin sendiri dari isteri Tidungnya iaitu Sultan Badaruddin-I. Anakanda Sultan Salahuddin ini punya dua isteri. Yang pertama gadis Bugis dari Soppeng Sulawesi, kedua ialah gadis Tidung dari Borneo. Dari permaisuri Tidung inilah lahirnya keluarga Maharaja Adinda (Aranan). Manakala permaisuri pertama (gadis Bugis) pula lahirnya keluarga Kiram & Shakiraullah.

Antara kebijaksanaan Sultan-sultan Sulu ialah mengahwini puteri-puteri Raja Tidung setelah Sultan-sultan Sulu mendapati kaum Tidung adalah kaum yang sukar ditundukkan. Mereka enggan membayar ufti atau cukai dan sanggup berperang dengan Sultan Sulu. Tetapi dengan cara mengahwini puteri Raja mereka maka bukan sahaja kaum Tidung itu tunduk, malah sanggup berperang di mana sahaja untuk membantu Sultan Sulu.
Nota kaki:
[1] Suku Kaum Bajao (Bajau, Badjao, Bajaw, Sama, Samal) yang tinggal di pantai barat Sabah yang handal menunggang kuda. Ketika era penentangan Mat Salleh melawan Inggeris 1890-an, kemungkinan suku kaum Bajao ini adalah antara penyokong kuat perjuangan Datu Paduka Mat Salleh.

[2] Keturunan dari keluarga Nabi Muhammad s.a.w melalui dua orang anak Sayidina Ali r.a.
dengan Sayidatina Fatimah Azzahra r.a. iaitu Sayyidina Hassan r.a. dan Sayyidina Hussein r.a.
.
[3] Maklumat bahawa Bajao berasal dari perkataan 'Berjauh' adalah datang dari keluarga Aranan, YM Datu Ali Aman Bin Datu Aliuddin Haddis Pabila.
.
[4] http://kyotoreviewsea.org/images/images/pdffiles/Chou_final.pdf.

[5] Cynthia Chou dalam kajiannya Research Trends on Southeast Asian Sea Nomads menulis nama Daniel E. Shoper sebagai David E.Shoper.Dalam kajiannya telah menjelaskan kajian-kajian yang dibuat oleh pengkaji sebelumnya tentang orang-orang Bajao dan penghijrahan mereka ke Sulu.
.
[6] Islam Di Filipina (DBP:1988), Nota kaki ms 3. Dalam hal perkahwinan ini orang yang dimaksudkan mengahwini Puteri Johor itu ialah Sayyid Ali Zainal Abidin dari Makkah yang mengahwini Puteri Nurul Ashikin Binti Sultan Iskandar (Johor). Hasil perkahwinan ini lahirlah Syarif Muhammad Kabongsuan yang belayar ke Mindanao (menjadi Sultan Maguindanao 1515) mengikut jejak abang kandungnya Sayyid Abu Bakar yang juga diiringi Orang Bajao ke Sulu atau kemungkinan adalah Sultan Brunei (pertama) yang mengawini Puteri Johor 1368.
.
[7] Ruj: Salsilah Sultan-sultan Sulu dan Sultan-sultan dari Ahlul bait oleh YM Datu Ali Aman, kerana disana terdapat nama penuh Syeikh Karimul Makhdum yang nasabnya sampai kepada Rasulullah s.a.w.

[8] Ahlul-Bait, Hj Muzaffar, Tun Suzana, m.s. 137 (Crescent News (K.L): 2007).
.
[9] Islam Di Filipina, Prof. Cesar Adib Majul, m.s. 38-39 (Terjemahan Shamsuddin Jaapar, DBP:1988).
.
.
[10] Ibid, m.s. 402.
.
.
[11] Ibid, m.s. 290.
.
[12] Ibid, m.s. 292.
masyarakat beranak pinak di atas perahu..cukup menarik.
ReplyDeleteini macam filem lama bertajuk "Bajau Anak Laut" tu ker ?????
ReplyDeleteHehe....ini Sejarah bro....history about The Bangsamoro people.....but more on the Sulu Sultanate....kena baca terus pasal more to come.
ReplyDeleteOK ..... thanks ...
ReplyDeletesiapa bapa kpd Sayyid Ali Zainal Abidin dari Makkah....bercelaru sikit susurgalur yg ana ada....anak jadi cucu, cucu jadi anak...
ReplyDelete