Wan Su bin Wan Othman
(Bidang Pengukiran Kayu)
Lebih dikenali dengan panggilan Tok Ayah. Anak kepada seorang juragan, lahir pada tahun 1899 di Pengkalan Kubur, Tumpat Kelantan. Selepas penjajahan Jepun tahun 1947, Wan su berpindah ke tempat kelahiran isterinya, Fatimah Mustapha di Besut dengan bekerja sebagai tukang gunting rambut sementara kerja-kerja mengukir dibuat secara sambilan. Kini menetap di Batu 4, Alur Lintang, 22200 Besut, Terengganu Darul Iman. Walaupun ayahnya langsung tidak tahu mengukir, namum bakat seni ini mungkin diwarisi daripada datuk saudaranya, Nik Wan Ali yang telah meninggal sebelum Wan Su dilahirkan yang menjadi tukang ukir di istana Raja Patani serta memegang jawatan pembawa Payung di-Raja. Sejak usia belasan tahun sehingga ke hari ini, beliau tidak mensia-siakan bakat yang dianugerahkan Tuhan. Bakat serta rasa kecintaan kepada seni ukir terus dipupuk dari gerak jemari dan tidak mengenal erti putus asa akhirnya memberinya satu kepuasan.
Wan Su mula belajar membuat layang-layang di zaman kanak-kanaknya diikuti dengan belajar membuat "tempat semangat" dengan memungut cebisan kertas yang dibuang dan dicantum kembali untuk ditirunya ketika berusia 11 tahun. Dan kerana minat itu terus menebal, ketika berusia 20 tahun beliau belajar membuat "pemanjangan" daripada Tengku Muda bin Tengku Ismail seorang pengukir terkenal ketika itu dari Kampung Berangan, Tumpat, Kelantan.
Keinginan untuk mewarisi seni ukir Melayu iaitu bentuk awan larat yang menjadi identiti seni ukir tradisional Melayu memberinya peluang meraih berbagai anugerah seperti Tokoh Kraf "Adi Guru" (1984) Tokoh Kraftangan/Seni halus Negeri Terengganu (1988), Tokoh Budaya ASEAN (1993) Ahli Mangku Negara (1996)dan anugerah tertinggi yang dimenangi melalui Anugerah Seni Negara (1997).
Begitu juga dengan hadiah-hadiah yang dimenangi dalam bidang ukiran seperti Johan ukiran model Perahu Terengganu (1947, 1948 dan 1949), Johan Ukiran Tebuk Timbul Muzium Negara (1971 dan 1972), Johan dan naib johan Pertandingan Wau Cantik kebangsaan di Kota Bharu (1974), Johan Pertandingan Wau cantik Kebangsaan di Kuala Terengganu (1975), Naib johan, ketiga dan keempat Pertandingan Wau Cantik Kebangsaan di Sungai Petani, Kedah (1976), Naib Johan dan ketiga Pertandingan Wau Cntik di Kuantan, Pahang (1978) dan Johan Pertandingan Wau Cantik di Pulau Pinang (1979).
Ukiran penting yang penah dihasilkan seperti, Pintu Besar Muzium Negara Kuala :Lumpur (1963-1964), Wayang Kulit di Muzium Negara, Muzium Denmark dan Muzium Singapura (1964), Meja Pejabat MAS di London (1966) , Pintu Utama dan Dewan Santapan Istana Sultan Pahang, Pekan, Pahang (1976), Dewan Santapan Istana Sultan Selangor (1979), Rumah Sri Tanjung, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur (1980), Istana Badariah Kuala Terengganu (1980), Panca Persada Bersiram Tabal Istana Maziah, Kuala Terengganu (1980), Luh Hijrah dan Logo Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor (1982).
Kegiatan seni ukir kayu ini dilaluinya tanpa mengenal jemu dan titik akhir. Malah penghasilan karya inilah yang menjadi sumber rezeki beliau menyara keluarga tercinta.
Apa yang lebih penting dan menjadi kebanggaan Wan Su adalah pewarisnya iaitu anak sulungnya sendiri Wan Mustapha, meneruskan kerja-kerja mengukir ini. Wan Mustapha yang berusia 57 tahun selain daripada boleh mengukir, beliau juga boleh melukis. Di Bengkel Seni Ukir Wan Su yang dibukanya pada tahun 1974 dengan dibantu oleh Syarikat Usaha Desa Terengganu mengajar serta melatih belia-belia tempatan dalam seni ukiran, Wan Mustapha dibantu oleh pekerja beliau seramai 10 orang. Di bengkel ini juga melatih pelatih dari Institut Kemahiran Mara (IKM), kakitangan Muzium Negara, Felda, Institut Teknologi Mara (ITM) serta pelatih dari Jabatan Belia dan Sukan.
Wan Su tidak terkilan lagi andai sepeninggalannya nanti, perjuangan dan harapan selama ini dalam warisan seni ukir berada dalam genggaman anaknya sendiri, darah dagingnya yang amat dikasihinya itu. Karya beliau yang membicarakan hasrat, impian, renungan dan khayalan seorang pengukir, Wan Su menemui di hati anaknya Wan Mustapha, perjuangannya sudah ada pewarisnya.
Masih Hidupkah beliau.....1899 lahir bermakna seratus lebih dah umur tu...
ReplyDeleteTak tahu pula kalau hari ini.......last yang kita tau pada akhir 2007 and awal 2008 masih sihat wal'afiat.
ReplyDeleteHARI INI BELIAU MENINGGAL
ReplyDeleteInna Lillah Wa Inna Ilayhi Raji'un....Al Fatiha....
ReplyDelete