Saturday, April 25, 2009

Hajah Ramiah Abdullah

 

Sabah terkenal dengan hasil tenunan suku kaum etnik yang menjadi lambang budaya masyarakatnya. Di antara kain tenunan etnik yang terkenal ialah kain dastar yang ditenun oleh penenun di kalangan suku Kaum Iranun dan dipakai pula oleh suku  Kaum Bajau. Kain dastar dijadikan pudong(tengkolok) Lelaki Bajau yang dipakai pada hari-hari perayaan atau upacara kebesaran lainnya. 

Hajah Ramiah Abdullah dari suku kaum Iranun dilahirkan pada tahun 1933 di Kampung   Merabau, Belud, Sabah merupakan penenun dastar yang terkenal di sekitar daerah Kota Belud. Beliau mewarisi kemahiran menenun dari ibunya pada usia remaja. Dengan kemahiran ini beliau membantu menambah pendapatan keluarga.

Keindahan alam sekitar dan keunikan budaya hidup suku kaum etnik di sekeliling beliau memberi inspirasi dalam menghasilkan reka corak dan ragam hias pada tenunan dastar. Di samping itu juga beliau mahir menenun kain Mugah dan kain sambitan. Beliau melatih penenun-penenun muda dalam usaha memulih dan memelihara seni kemahiran yang semakin dilupakan. Hasil tenunan beliau yang unik ini bukan sahaja sabagai pelengkap pakaian tradisional suku kaum Bajau, tetapi kini turut dijadikan sebagai alas meja,sarung kusyen dan pelbagai hiasan rumah. Pada tahun 1986, Kraftangan Malaysia melantik beliau sebagai ADIGURU KRAF TENUNAN DASTAR bagi menghargai seni yang beliau miliki.

 

No comments:

Post a Comment