Saturday, April 18, 2009

Abdullah Bin Daud - Pak Lah



A
bdullah bin Daud dilahirkan pada tahun 1943 di Kampung Pasir Mas, Kelantan dah lebih mesra dengan panggilan Pak Lah. Beliau di antara tukang besi yang masih giat mencanai kemahiran bagi menghasilkan pelbagai peralatan khususnya senjata tradisional  Melayu seperti  keris, lembing, parang dan kapak.

Mempelajari kemahiran bertukang senjata daripada bapanya yang  mempunyai bengkel pertukangan senjata. Beliau menghabiskan setiap masa terluang dengan melihat dan mencuba mengetuk dan menempa kepingan besi seperti pisau serta hulu parang dan dijual kepada rakan-rakan sekolah pada harga 20 hingga 60 sen.

Pak Lah melakukan proses pembuatan senjata dari peringkat pemilihan besi yang akan ditempa sehingga mengukir sarung atau kepala senjata berkenaan.  Ini merupakan bakat semulajadi yang ada pada diri Pak Lah. Beliau turut mengembangkan ilmu kemahiran yang dimiliki dengan menjadi tenaga pengajar kepada kumpulan-kumpulan pelapis bagi memastikan seni warisan ini terus berkembang.

Kehalusan dan kemasan pada barang yang ditempa oleh Pak Lah menjadi sebutan ramai terutama kepada penggemar dan pengumpul senjata lama. Bagi menghargai jasa dan sumbangannya dalam memekarkan seni kraf warisan Kraftangan Malaysia telah  melantik beliau sebagai ADlGURU KRAF PANDAI BESI pada tahun 1993.

2 comments:

  1. alhamdulillah, saya ada kerambit karya pak lah..... tapi sahabat dok bidik.... akhirnya saya lepaskan juga... karya2 yg berseni, dan tak salah kalau dianggap sbg adiguru

    ReplyDelete
  2. Alhamdullilah........dapat kita temu juga waktu ke Kelantan tahun lepas....atas usahanya Cikgu Nasir juga.

    ReplyDelete