Saturday, January 31, 2009

Tausug & Kesultanan Sulu - Kesultanan Sulu Termansuh?

Benarkah Sudah Termansuh?

RAMAI pihak berpendapat bahawa Kesultanan Sulu telah termansuh. Benarkah demikian? Kami mengajak para pembaca sama-sama meneliti dengan berkongsi beberapa fakta untuk mengenalpasti, adakah institusi Kesultanan Sulu itu telah termansuh atau sebaliknya.
.
Fakta jelas menunjukkan bahawa pihak Spanyol dan Amerika tidak pernah menjajah wilayah Kesultanan Sulu secara mutlak. Jika dirujuk kembali kepada beberapa catatan oleh para ahli sejarah dan catatan perjanjian-perjanjian, sememangnya tiada "Bukti" jelas yang boleh menyatakan secara "Mutlak" bahawa institusi Kesultanan Sulu telah berakhir atau termansuh. Berikut kami senaraikan beberapa fakta untuk dikongsi bersama para pembaca sekalian:
  • Merujuk kepada Perjanjian Paris Treaty di antara pihak Spanyol dan Amerika pada 1898 dalam Artikel III, dengan jelas menyatakan, bahawa wilayah yang perlu diserahkan oleh pihak Spanyol kepada pihak Amerika adalah dari wilayah Luzon sehingga wilayah Visayas sahaja. Ini telah membuktikan bahawa wilayah Mindanao dan Sulu adalah wilayah yang tidak termasuk dalam penyerahan itu. Maka wilayah Mindanao dan Sulu tetap berstatus sebagai wilayah yang merdeka.[1]
  • Rujukan dari buku tulisan Peter Gordon Gowing, dalam bukunya "Mandate in Moroland", mukasurat 348-349, dalam Perjanjian Kiram-Bates Treaty tahun 1899, iaitu pada Artikel III, bahawasanya - "Hak Sultan Sulu, Rakyat Sulu, Agama dan Tradisi mereka mestilah dihormati. Sultan masih dianggap sebagai Ketua Institusi Kesultanan Sulu terhadap rakyat Sulu". Terbukti tiada pernyataan akan "Pemansuhan" ke atas institusi Kesultanan Sulu itu di sini.[2] Dalam Perjanjian Carpenter 1915, dalam buku yang sama, iaitu pada mukasurat 352-353, kenyataan di dalam perjanjian itu adalah hanya sebagai Penghadan Kuasa Sultan Sulu (Limitation of powers), dan bukan pemansuhan institusi Kesultanan Sulu. Kerana dalam perjanjian itu dinyatakan juga, bahawa Sultan Sulu masih bertindak sebagai Ketua Negara, Ketua Agama dan masih berkuasa ke atas rakyatnya, rakyat Sulu.
  • Dari catatan Prof. Nicholas Tarling pula, dalam bukunya "Sulu And Sabah" pada mukasurat 328, yang merujuk kepada Memorendum 20hb September 1937, Presiden Manuel L.Quezon hanyalah bermaksud untuk "Tidak Mengiktiraf" (Non-Recognition) mana-mana penyambung kepada Sultan Jamalul-Kiram-II (Membawa maksud, akan tiada pengiktirafan kepada sesiapa pun penyambung dari Keluarga Kiram khasnya atau Keluarga Pewaris Pertama amnya. Keluarga Pewaris Kedua, tidaklah terlibat malah terkecuali di dalam perkara ini). Juga tiada pernyataan tentang pemansuhan ke atas institusi Kesultanan Sulu.

Pentadbir Dan Pelindung
Penguasaan pihak Amerika di Sulu dan Mindanao adalah selaku Pentadbir dan Pelindung (Administrator and Proctorate) sahaja. Sepertimana pihak British yang menjadi pentadbir dan pelindung kepada wilayah Borneo Utara selepas Perjanjian Pajakan.
.
Juga dengan termeterainya Perjanjian Pajakan Wilayah Borneo Utara pada tahun 1878, tidak membawa maksud akan terjadinya 'Pemansuhan' institusi Kesultanan Sulu. Ini kerana, kesahan (Validation) ke atas perjanjian itu akan terus berlaku selagi pihak Kesultanan Sulu yang bertindak sebagai tuan punya tanah (Dinyatakan sebagai pewaris dan penyambung kepada Kesultanan Sulu ) terus wujud bersama dengan pihak yang menyewa (Syarikat British) keatas wilayah Borneo Utara tersebut.
.
Jika dikatakan bahawa institusi Kesultanan Sulu itu telah termansuh, maka secara otomatiknya, tiadalah pula wujud perjanjian pajakan itu. Maka, perjanjian itu pula bolehlah dianggap terbatal. Ini membawa maksud, "Tiada Kesultanan Sulu maka tiada Perjanjian Pajakan, tiada Pembayaran Sewaan tentunya tiada apa-apa lagi penguasaan oleh pihak lain ke atas wilayah Borneo Utara. Maka wilayah itu perlu dikembalikan kepada pemilik asalnya iaitu Sultan Sulu".
.
Merujuk kepada buku tulisan Mohd. Ariff Bin Dato Hj. Othman dalam bukunya Tuntutan Filipina terhadap Sabah - Implikasi dari segi sejarah, Undang-undang dan Politik, iaitu pada mukasurat 52-53,[3]
.
“Bagaimanapun dengan menandatangani suatu perjanjian yang berasingan dengan krajaan British tanpa salah seorang daripada Sultan itu sebagai satu pihak, Syarikat (BNBC) ini nampaknya telah bertindak di luar syarat (Ultra vires) konsesi yang asal. Jadi perjanjian tersebut boleh dianggap sebagai “Void ab initio” (Terbatal sejak mula).”
.
Beberapa Perjanjian dan Konvensyen Sempadan yang ditandatangani oleh pihak United Kingdom, Belanda dan pihak Amerika pada tahun 1898, 1915 dan 1930 adalah sebagai perjanjian lingkungan pengaruh mereka ke atas wilayah-wilayah tertentu dalam melakukan urusan perdagangan, dan bukan sebagai perjanjian penguasaan penjajahan. Semua perjanjian dan konvensyen itu tiada satu pun yang boleh dirujuk sebagai sebarang penyataan untuk "Memansuhkan" institusi Kesultanan Sulu.
.
Maka, jelaslah semua fakta di atas telah dapat menerangkan dengan sejelas-jelasnya bahawa, institusi Kesultanan Sulu tidaklah pernah sama sekali "Termansuh". Maka status wilayah Kesultanan Sulu sememangnya sehingga kini adalah tetap berstatus "Merdeka dan Berdaulat". Penguasaan Kerajaan Filipina ke atas wilayah Sulu dan Mindanao sehingga kini adalah tidak sah dari segi undang-undang antarabangsa.
.
Maka bagaimanakah kita sebagai orang yang memahami perkara ini menyatakan bahawa Kesultanan Sulu telah termansuh lantaran itu kita bersetuju pula melabelkan rakyat Sulu keseluruhannya sebagai rakyat Filipina?

Nota kaki:

[1] "Spanyol tidaklah berjaya menakluk atau menundukkan orang-orang yang mereka gelar Moro itu, sesungguhnya mereka (Moro) adalah orang-orang yang merdeka" Ruj: New Encyclopedia Britannica Voll. II, Copyright 1989, p. 381.

[2] Inilah yang dimaksudkan oleh Prof. Datu Emmanuel D. Mangubat "….Since Sulu Archipelago until today that is owned the Royal Sultanate of Sulu and North Borneo remains an independent and sovereign state because this ancient kingdom was not abolished by any law of treaty, and their sultan did not abdicate their throne,…" Ruj: Zamboanga Today, Thursday, June 22, 2006, m.s. 11 (Bato-Bato Sa Langit).

[3] Mohd Ariff Bin Dato' Hj Othman (bekas Hakim Mahkamah Tinggi di Jabatan Peguam Negara Kuala Lumpur), tajuk bukunya seperti yang kami sebutkan di atas telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 1988.

3 comments:

  1. sejarah menguatkan kewujudan kita masa lampau walaupun kini kita ""tak punya apa-apa"..sebilah keris nostalgia masa lalu yang penuh kehebatan, mistik, misteri dan kini kita kalah di mana-mana...kenapa ini harus terjadi.....

    ReplyDelete
  2. Kenapa...............Seperti kata2 syair Almarhum Hamka......
    Berapa pula penjual negeri
    Mengharap emas perak bertimba
    Untuk keuntungan diri sendiri
    Biarlah bangsa menjadi hamba...............

    Bangunlah kasih, umat Melayu
    Belahan asal satu turunan
    Bercampur darah dari dahulu
    Persamaan nasib jadi kenangan

    Semangat yang lemah dibuang jauh
    Jiwa yang kecil kita besarkan
    Yakin percaya, iman pun teguh
    Zaman hadapan, penuh harapan.............

    ReplyDelete
  3. saya nak nak tanya berkenaan dengan sultan yang telah masuk lain agama kristian seperti yang telah saya dapati dari keterangan ini tiada pemansuhan. Oleh yang demikian saya ada beberapa soalan yang perlu berkaitan dengan kesultanan sulu. Antaranya :-
    1. Sultan yang murtad ( sultan Alimuddin -1 ) - seluruh keturunannya juga telah dimansuhkan tetapi bagaimana jika keturunannya ada yang masuk islam.
    2. Warisan atau tahta kesultanan sulu yang mana Sultan badaruddin ( yang mempunyai anak Dayang-dayang Piandao) adakah keluarga beliau tidak tersenarai . Sedangkan Sekarang ini Kesultanan Sulu yang asli adalah keturunan Dayang-dayang piandao dan 7 lagi dayang-dayang yang lain.

    3. Berkenaan dengan hak walau pun sekarang ini Kesultanan Sulu di kuasai oleh kedua belah pihak namun harta pusaka yang sedia ada adalah untuk keturunan kesultanan sulu dan tidak boleh di salah gunakan . Sekiranya kesultanan sulu ini benar ingin mewujudkan semula maka adalah patut Kedua dua ( Aranan dan Kiram ) bersatu dengan keturunan sebenar Keturunan Sultan Sulu.

    mohon maaf kalau saya ada tersilap kata dan bahasa. Kerana pada saya Keturunan Sulu ini bukanlah sembarangan ianya adalah dari keturunan Saidina Ali.


    ReplyDelete