Tuesday, October 14, 2008

Mat Salleh

MAT SALLEH

mat_salleh.jpg (5621 bytes)Mat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah. Mat Salleh pernah mengisytiharkan daerah Tambunan atau dalam bahasa Mat Salleh 'Negeri Tambunan' sebagai daerah di bawah kekuasaunnya.Mat Salleh berasal daripada suku Suluk Paitan. Ayahnya, Datu Balu berkahwin di Inanam dengan seorang perempuan suku Bajau. Hasil daripada perkahwinan mereka itu lahirlah empat orang adik-beradik iaitu Ali, Mat Salleh, Badin dan Bolong.

Isteri Mat Salleh bernama Dayang Bandang, berasal daripada keluarga Sultan Sulu dan berkampung di Pengalaban, Paitan. Kota Kampung Tibabar, Tambunan adalah salah sebuah kota utama pertahanan Mat Salleh yang kuat. Kota ini ialah benteng terakhir Mat Salleh dalam usahanya memimpin orang-orang Sabah menentang Inggeris.

Kejatuhan kota ini pada tahun 1900 akibat serangan hebat Kompeni Hindia Timur Inggeris dan berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh. Malah peristiwa itu menandakan gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang bangsa.

Datu Mat Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu sebagai ketua kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. Perbelanjoan pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894.

Inggeris tidak senang dengan tindakan Mat Salleh itu, lalu menyerang Mat Salleh di Jambongan serta memusnahkan kubu Mat Salleh di Sungai Sugut pada tahun 1896 hingga 1897.

Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Kompeni Hindia Timur Inggeris bermula pada bulan Julai 1897.

Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat Pentadbiran Kompeni Hindia Timur Inggeris di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama juga Mat Salleh menyerang dan membakar Pejabat Residen Kompeni Hindia Timur Inggeris di Ambong.

Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan banyak askar Inggeris terbunuh termasuk Jones yang mengetuai serangan tersebut.

Pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatoan yang lebih besar. Mat Salleh berjaya mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru, yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar, Tambunan.

Kota utama Mat Salleh di Tambunan ini sangat sukar ditembusi. Kota ini diperbuat daripada batu-bata, kayu serta buluh tidak dapat ditembusi peluru.

Setiap penjuru kota dikawal dan terdapatbeberapa terowong atau julan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta bantuan-bantuan senjata, makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh.

Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperinga kota Mat Salleh itu. Di tugu peringatan itu, tertulis perkataan dalam bahasa Inggeris yang bererti, 'Tugu ini menandaka tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh Pasuka Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menentang Pentadbira Chartered Company menemui ajalnya'.

Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi bagi rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan.

Petikan : Kesan Sejarah Dan Tempat-tempat Menarik Negeri Sabah - Negeri Di Bawah Bayu, Mohamed Roselan Abdul Malek, Oscar Book International, 1998

5 comments:

  1. Sebagaimana lazimnya tokoh2 di zaman feudal, kebanyakan warlords spt mat salleh, tok janggut, dato maharajalela, dato bahaman dll adalah dari kalangan puak "gedebe" yg kerjanya mengutip cukai dari rakyat yg rata2 miskin. Apabila penjajah british datang dan "mengusik" income mereka, mereka dan pengikut (cronies...??) akan melakukan pemberontakan. Pada zaman penjajah, mereka ini pemberontak, tetiba bila org Melayu dapat kemerdekaan, puak2 ni kita panggil hero atau pejuang, krn sesungguhnya kita amat kurang "icon" yg dipanggil sbg pejuang yg tulin, yakni berjuang demi agama, negara dan bangsanya.

    harap jgn emosi dgn kata2 ini, sebaliknya lawanlah saya balik dgn hujjah, insyaallah

    ReplyDelete
  2. hehehe........tak pandai kita nak lawan.......ya ada yang panggil..apa tu 'pete-pete'...ini pun saya petik dari internet Toko Sejarah Sabah....buat apa emosi...apa kurang zaman sekarangnya....Legalised Democratic Corruption....wakakakaka

    ReplyDelete
  3. Salam.. Hujah yang mengatakan mereka memungut cukai dari penduduk tempatan kemungkinan hanya merupakan alasan inggeris untuk memerangi mereka atau menarik simpati dari penduduk tempatan lainnya untuk membenarkan perlakuan penjajah terhadap para pejuang ini. Pemungutan cukai hanya boleh dibuat jika mereka mempunyai wilayah kekuasaan dan pentadbiran mapan. Namun tiada kesan sejarah menunjukkan Mat Salleh, Dato Bahaman dan kebanyakkan pejuang nusantara meninggalkan reruntuhan istana mereka atau sekurang-kurangnya meninggalkan harta peninggalan untuk anak cucunya. Bahkan hingga ke hari ini tiada seorangpun di Sabah yang pernah secara autentik mengaku beliau adalah anak atau cucu dari pendekar Mat Salleh. Kenapa dan Mengapa??? Sejarah yang masih muda jika dihitung masa ini berangkali patut ditelusuri bagi para sejarawan nusantara, sebelum pemutar belitan fakta untuk masa mendatang semakin parah.

    ReplyDelete
  4. Salam.....Alhamdullilah masih ada yang benar mengerti.....sejarah dulu dan juga sekarang sudah banyak yang telah diputar belitkan atas sebab masing2. Yang sedih kita yang bergelar Anak2 Nusantara dengan mudah menggambil apa meraka telah catat dengan tidak memfikirkan sedikit pun apa itu benar atau tidak. Aceh, Patani, Mindanao dan lain2 lagi ......apa benarkah apa yang kita baca atau tahu melalui pendengaran itu benar...apa kita sanggup salahkan mereka atas penjuangan mereka dengan apa kita fikir benar....atau bagaimana jika kita "were in their shoes" will we think differently.....jatuhnya Empire Islam dahulu kerana apa...apa ada yang benar2 mengkaji dan mengerti. Kita hanya berkata kita dari serumpun tapi sebaliknya...kita berpuak2, berkumpulan2.....atau manis dimulut aja.....apa tujuan kita sebenar.....apa perjanjian kita sebenar.

    ReplyDelete
  5. Sejarah menunjukkan bangsa melayu dari dulu hidup berpuak-puak hingga ada yg sanggup menjadi penderhaka bangsa sendiri sekiranya dari dahulu kita di satukan bagaimanakah agaknya kemajuan bangsa kita sekarang mungkin melebihi kemajuan bangsa bangsa yg lain di rantau dunia ini.bak kata pepatah Tak kan hilang Melayu di telan zaman...

    ReplyDelete