Wahai anak Adam, janganlah kamu melaknati makhluk kerana laknat tersebut akan kembali kepadamu semula.
Wahai anak Adam, telah teguh langit di angkasa tanpa ada sebatang tiang pun, hanya sekadar dengan satu nama sahaja daripada nama-namaKu tetapi hatimu tidak teguh walau dengan seribu pengajaran dari kitab-kitabKu.
Wahai manusia, sepertimana batu tidak akan menjadi lembut di dalam air, demikianlah peringatan tidak akan memberi bekas pada hati yang keras.
Wahai anak Adam, bagaimanakah kamu mengaku bahawa kamu adalah hamba Allah tetapi kemudiannya kamu mendurhakaiNya?
Bagaimanakah kamu boleh mengatakan bahawa kematian itu benar tetapi kamu membencinya? Kamu mengatakan dengan lidahmu perkara yang kamu tidak ada pengetahuan mengenainya kerana pada sangkaanmu ia adalah remeh tetapi di sisi Allah ia adalah besar.
No comments:
Post a Comment